Lombong arang batu Sawahlunto

Antara ekonomi utama di sini ialah lombong arang batu yang ditinggalkan oleh penjajah Belanda tahun 1888. Lombong ini masih menggunakan kaedah tradisional sehingga sekarang.Pengeluaran arang batu tidak begitu ekonomikal dan kurang menguntungkan. Penjajah Belanda menggunakan buruh paksa untuk mengeluarkan arang batu dari lombong ini. Mereka dibayar dengar kadar upah yang amat rendah. Ketika kemuncak perlombongan 1930, penduduknya seramai 43576 orang dengan 564 pegawai Belanda. Arang batu digunakan untuk memanaskan rumah di kawasan peranginan dan menggerakan kereta api.

Sebatang landasan kereta api telah dibina antara Sawahlunto ke Kota Padang dan lain-lain bagi mengangkut arang batu untuk dieksport melalui Pelabuhan Padang. Landasan kereta api juga tidak digunakan lagi. Landasan ini melalui kawasan air terjun Lembah Anai.

Kebanyakan jalan raya dua lorong di Sumatera Barat masih lagi hasil tinggalan penjajah Belanda. Jalan raya ini belum diperbesarkan sehingga sekarang dan dikekalkan begitu. Jalan raya ini dibina mengunakan sistem buruh paksa iaitu dibayar dengan sedikit bayaran sahaja.